Gaya muzik Minutes_to_Midnight

Kebanyakan lagu di dalam album Minutes to Midnight tidak lagi mengetengahkan muzik nu metal yang sebelum ini pernah membawa kepada kejayaan Linkin Park. Sebaliknya, menurut vokalis utama Linkin Park iaitu Chester Bennington, album tersebut kali ini menggabungkan muzik rock klasik, punk, serta sedikit rentak hip-hop. Perubahan ketara juga berlaku pada peranan Mike Shinoda sebagai penyanyi rap, iaitu hanya 2 sahaja lagu yang mengandungi nyanyian rap oleh Shinoda, iaitu lagu Bleed It Out dan Hands Held High. Peminat juga berpeluang untuk mendengar nyanyian vokal Mike Shinoda buat kali pertama melalui lagu In Between.

Album ini turut memuatkan lagu terpanjang pernah dicipta oleh Linkin Park iaitu The Little Things Give You Away, dengan durasi 6:23. Sebelum ini, lagu terpanjang yang pernah dicipta oleh Linkin Park (tidak termasuk versi remix di dalam album Reanimation) ialah My December iaitu selama 4:12.

Sejak Linkin Park mula memasuki studio rakaman bagi proses rakaman album ini, mereka telah menulis lebih 100 buah lagu, tetapi akhirnya hanya 12 lagu terbaik sahaja yang dipilih di dalam album ini. Satu lagi perubahan ketara pada album ini ialah album Minutes to Midnight turut boleh didapati dalam versi eksplisit bagi edaran Amerika Syarikat. Versi kedua iaitu versi bertapis dijual di kebanyakan negara lain termasuklah Malaysia.

Rujukan

WikiPedia: Minutes_to_Midnight http://www.allmusic.com/album/minutes-to-midnight-... http://www.billboard.com/bbcom/discography/index.j... http://www.ew.com/ew/article/0,,20038383,00.html http://music.ign.com/articles/788/788496p1.html http://pics.livejournal.com/privatelyricist/pic/00... http://www.nme.com/reviews/linkin-park/8533 http://www.nytimes.com/2007/05/14/arts/music/14cho... http://www.popmatters.com/pm/reviews/article/41459... http://www.rollingstone.com/artists/linkinpark/alb... http://www.spin.com/reviews/2007/06/0706_linkinpar...